Thursday, October 16, 2008

Apa cerita best?




Cerita yang bagus di mata saya adalah cerita yang mana jalan cerita nya tidak meleret terlalu panjang sehingga membuatkan kita menjadi bosan.Cerita yang berunsurkan komedi merupakan cerita yang agak menarik bagi saya asalkan cerita itu tidak mengandungi unsur lawak bodoh.Rancangan televisyen 'Lu Pikirlah Sendiri Nabil' yang di hoskan oleh Nabil Raja Lawak musim kedua amat menarik minat saya.Lawak yang dimainkan nya amat menarik.Drama-drama atau filem-filem yang berunsurkan kesedaran juga dapat menarik perhatian saya asalkan ianya tidak membosankan.Kadang-kadang barisan pelakon yang tidak dapat melakonkan sesuatu watak dengan baik juga akan membuatkan sesuatu drama atau filem menjadi bosan.Di sebabkan itu lah saya agak memilih drama atau filem dari segi para pelakon.Menonton sesebuah drama atau filem dapat menambahkan idea saya untuk mengarang sesebuah cerita.Menonton televisyen bukanlah satu keburukan di mata saya kerana selain memberikan kepuasan kepada kita,ia secara tidak langsung dapat menambahkan ilmu pengetahuan dan dapat memberikan kesedaran kepada kita.Bagi saya menoton sesuatu drama atau filem janganlah di pandang pada jalan ceritanya sahaja,tetapi haruslah dilihat pada penyampaian yang ingin di sampaikan oleh sesebuah cerita kerana sesebuah cerita itu pasti mempunyai maksudnya yang tersirat....

2 comments:

lyn.pinkysakura cheq.one said...

bagi saya cerita itu akan jadi best bila ada hero yang handsome...he2

lyn.pinkysakura cheq.one said...

bagi saya cerita yang paling best bila ada hero yang handsome dan yang cute...he3..apa pun semoga anda enjoy dengan apa yang anda tengok ye..