Friday, October 17, 2008

Hobi ku....

Hobi merupakan sesuatu yang sering kita lakukan pada masa lapang.Hobi saya adalah membaca novel,menonton television dan tidur.Membaca novel dapat membawa kita ke alam lain.Ia seperti memberi gambaran bahawa kita berada di tempat di mana sesuatu situasi atau perkara sedang berlaku.Kita seperti dapat membayangkannya dengan sendiri walaupun kita tidak langsung di beri gambar tentang tempat yang sedang berlaku,tetapi gambaran yang diberikan di dalam novel tersebut dapat menguasai diri kita sepenuhnya untuk menggambarkan situasi sebenar di dalam novel tersebut.Membaca novel bagi saya dapat menenangkan saya pada ketika saya sedang risau atau tension.Menonton televisyen pula dapat merehatkan tubuh badan saya.Otak kita juga dapat berehat selepas menggunakannya tanpa henti.Hobi ini sekurang-kurangnya dapat menghilangkan tekanan kita terhadap sesuatu masalah.Sebagai contoh,sekiranya disiarkan rancangan yang berbentuk komedi,kita pasti akan merasa senang hati dan sekurang-kurangnya kita dapat mengurangkan tekanan walaupun sedikit.Selain daripada rancangan yang berbentuk komedi,rancangan yang berunsurkan pendidikan secara tidak langsung dapat menambahkan ilmu pengetahuan kita.Tidur,satu hobi yang cukup relaks...tanpa menggunakan tenaga,kita hanya perlu memejamkan mata dan sekejap saja lagi,kita akan hanyut di buai mimpi.Sesungguhnya,setiap orang pasti mempunyai hobinya yang tersendiri dan pastinya hobi setiap orang berbeza.Cuma tidur dapat membantu kita untuk merasa nyaman....

1 comment:

lyn.pinkysakura cheq.one said...

alahai...sama la..saya pun suka sangat dengan tidur nie..boleh kata kalau dapat tidur boleh tak ingat dunia..tapi jangan terlebih tidur nanti otak akan jadi lembab dan akan jadi malas..so,beringat-ingat la selalu...