Thursday, October 16, 2008

Warna Kegemaran Saya...

Oren..merupakan warna kesukaan saya sejak sekian lama.Saya pernah terfikir apa yang menarik tentang warna ini,tapi tidak dapat saya jelaskan,yang pasti warna ini memang cantik di mata saya.Kalau boleh semua barang yang menjadi milik saya,saya inginkan warna oren.Saya juga akan pastikan yang saya akan memilih warna ini jika saya ingin membeli sesuatu barang.Ramai yang mempertikaikan warna kegemaran saya,apa yang cantik dengan warna ni?Ini merupakan soalan yang sering saya terima dari rakan-rakan,tetapi susah untuk saya berikan jawapannya.Kata orang,warna dapat menunjukkan perangai atau imej seseorang.Mungkin anda dapat mengenal saya melalui cara ini,tapi ingat,semua tilikan tidak semestinya benar!Warna ini dapat membuat jiwa saya tenang walaupun ianya di klasifikasikan sebagai satu warna yang agak terang,tetapi warnanya amat menarik bagi diri saya......

2 comments:

ieqa said...

adakah anda tahu bahawa sami buddha memakai pakaian berwarna OREN????? Tidak mengapa lain padang lain belalang,lain orang lain minatnya.....

ieqa said...

tahukah anda sami budhha suka memakai pakaian berwarna oren?????? tidak mengapa lain orang lain citarasanya.....