
Hidup saya biasa-biasa sahaja,saya berkawan dengan semua orang asalkan seseorang itu dapat menerima saya.Kadang-kadang saya boleh menjadi seorang yang peramah,kadang-kadang saya boleh menjadi seorang yang pemalu,penakut atau rendah diri.Personaliti saya boleh berubah pada bila-bila masa.Saya senang berkawan dengan orang yang boleh menerima saya seadanya.Saya sukakan suasana yang aman dan gembira.Saya juga suka berkumpul beramai-ramai dengan seluruh ahli keluarga saya.Saat ini merupakan saat yang amat membahagiakan saya.Saya dan rakan-rakan juga sering mengaturkan aktiviti berkelah di tepi pantai dan mengadakan berbagai-bagai permainan.Berkumpul bersama-sama dengan rakan-rakan juga dapat membantu kita merehatkan minda kita kerana pada saat ini lah kami berkongsi cerita dan bergelak ketawa bersama-sama.Hidup saya hanya sederhana,saya sukakan pakaian yang agak simple,berseluar dan berbaju t-shirt,kadang-kadang saya turut mengenakan blaus.Saya amat rapat dengan adik saya yang bongsu,jika saya keluar ke mana-mana,saya akan pastikan saya akan membelikan sesuatu kepadanya,tidak lupa juga kepada adik-adik yang lain.Tentang berkongsi masalah pula,saya lebih senang berkongsi dengan ibu saya ataupun rakan-rakan yang rapat dengan saya yang saya fikir boleh dipercayai.Hidup ini lebih bahagia jika dikelilingi oleh orang yang tersayang iaitu keluargaa dan rakan-rakan....
1 comment:
memang merupakan seorang yang mudah untuk dibawa berbincang.. walaupun agak kecik orangnya tetapi hati yang baik adalah perkara utama yang memikat hati say sebagai kawannya
Post a Comment