Setiap orang pasti mempunyai masalah,cuma masalah kita yang berbeza-beza dan tempat kita meluahkan isi hati kita juga pasti pada orang yang berbeza-beza.Orang pertama yang akan saya cari untuk meluahkan perasaan saya adalah umi saya.Sesungguhnya tiada nasihat yang lebih baik daripada nasihat seorang ibu dan ayah.Jika sesuatu perkara yang terjadi dalam hidup saya,saya akan berkongsi dengan umi saya.Jika masalah datang menimpa,umi lah orang pertama yang terbayang di mata saya.Saya pasti akan merasa lega jika berkongsi segala masalah atau kehidupan harian saya dengannya.Kini saya tinggal di asrama,agak susah untuk saya mengadu sesuatu hal dengan nya.Tapi saya sudah terbiasa untuk bercerita tentang banyak hal dengannya,saya akan pastikan saya akan menghantar pesanan ringkas atau menelefonnya walau tidak dapat bersua muka untuk bercerita tentang sesuatu hal,nasihat yang diberikannya akan saya simpan dan membacanya berulang kali,ini akan membuat saya lega.Saya merasa agak sunyi tanpa keluarga di sisi kerana di sisi keluargalah tempat yang paling aman dan bahagia bagi saya.Kini saya harus belajar untuk menjaga diri sendiri tanpa keluarga di sisi,saya juga harus belajar untuk menangani segala masalah saya dengan bijak.Tapi sekurang-kurangnya,saya bersyukur kerana masih mempunyai kawan.
Thursday, October 16, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
baguslah begitu.. sesungguhnya syurga seorang wanita yang belum berkahwin terletak di bawah tapak kaki ibu.. berlainan pula keadaannya jika saudari sudah berkahwin????
Post a Comment