
Dalam setiap kehidupan manusia pasti ada orang yang sentiasa menyanyangi,menyokong dan mengambil berat tentang kita.Syukur ke hadrat Illahi kerana mengurniakan sebuah keluarga yang bahagia,mengambil berat serta menyayangi saya.Sejarah keluarga saya bermula dengan kedua ibu bapa saya.Seorang ayah yang penyayang dan mengambil berat tentang anak-anaknya merupakan sikap yang tidak pernah lekang dari diri nya.Katakan apa sahaja yang anak-anak nya mahukan,akan ditunaikannya seboleh mungkin asalkan permintaan itu munasabah.Ibu yang mendengar dan penuh dengan nasihat kepada anak-anak tersayang adalah ibu saya.Dikala saya menghadapi sebarang masalah,dia lah tempat terbaik untuk meluahkan isi hati.Nasihat-nasihat nya yang bernas amat menenangkan hati saya.Saya merupakan anak sulung daripada lima orang adik-beradik.Adik saya yang kedua merupakan seorang yang amat fokus terhadap sesuatu perkara yang dilakukan.Adik saya yang ketiga pula merupakan seorang yang agak pemalu.Adik saya yang keempat merupakan seorang yang agak nakal tetapi amat mementingkan keluarganya dalam setiap perkara,manakala adik saya yang bongsu merupakan kanak-kanak yang terlalu peramah dan banyak bercakap.Dia merupakan seorang anak dan adik yang sangat manja.Dia terlalu dimanjakan oleh kami sekeluarga.Saya juga amat rapat dengan nya.Setiap detik saya di tempat belajar,saya pasti akan teringatkan gelak tawa dan suaranya.Walau dimana saya berada,saya akan memegang amanat yang telah dititipkan ke atas saya.Tiada apa yang dapat ditandingi dengan kasih sayang sebuah keluarga.Sesungguhnya saya amat menyayangi mereka...
1 comment:
ok la tu...kira awak ada jugak tempat nak luah kan isi hati dan juga orang yang sentiasa menyokong awak di belakang,depan,tengah.bawah dan mcm2 lagi..berhati-hati la di jalan raya..ingat orang yang t`cyg...hu3
Post a Comment