
Setiap manusia pasti ada masalahnya yang tersendiri,begitu juga dengan saya.Bagi saya,tension pasti akan datang jika masalah itu susah untuk mendapat jalan penyelesaian.Saya akan rasa tertekan terutamanya jika hal yang berkaitan dengan pelajaran.Bukan senang untuk berjaya,kita harus melakukan berbagai hal untuk memastikan kita berada di tahap yang baik.Bukan senang untuk belajar,berbagai dugaan datang menguji.Kadang-kadang apa yang saya baca susah untuk di ingati.Itu merupakan sesuatu yang amat saya bimbangkan (terutamanya jika sudah dekat tarikh kuiz atau test).Pelbagai perasaan datang menjelma.Marah,sedih,risau,sakit hati,cemburu,semuanya bercampur baur.Marah dengan diri sendiri kerana susah untuk mengingat.Sedih bila mengenangkan diri kita ketinggalan jauh dari orang lain.Risau jika-jika saya tidak dapat menjawab sesuatu kuiz atau test dengan baik.Cemburu bila memikirkan orang lain dapat membaca dengan elok tanpa sebarang gangguan.Perangai saya yang kadang-kadang suka menagguhkan kerja juga dapat membuatkan saya tension apabila kerja banyak yang belum siap untuk di habiskan.Tapi kini ,kehidupan di Universiti mengajar saya erti untuk berusaha tanpa ada sebarang perasaan atau perangai negatif.Kini,perkara yang terbaik untuk menghilangkan rasa tension adalah menangis,menangis dan menangis.Selepas itu akan timbul rasa lega untuk menjalankan kehidupan harian saya..............
1 comment:
ala relax sudah....kalau tak tahan juga,anda boleh menemui dr fadzilah kamsah yang mana dapat menyelesaikan masalah anda itu..good luck...
Post a Comment